Aku adalah Aku..

Aku adalah Aku..

Isnin, 3 Oktober 2011

Lawak~~ 3 sekawan...

Gelak jap ar... huhu...


3 sekawan iaitu KURA,ULAT dan KATAK.
Pada suatu hari,KURA membuat satu parti secara kecil-kecilan.Dia mengajak ULAT dan KATAK datang ke rumahnya untuk menyambut HARI MERDEKA di rumahnya.Maka,datanglah ULAT dan KATAK berpesta habis-habisan di rumah KURA.Satu jam kemudian,KURA bertanya kepada KATAK.

KURA:Hei,katak!Aku rasa ada sesuatu je yang takde lah.
KATAK:........patutlah,rokok dah habis lah!
KURA:Betul lah,apa kata kau pergi kejap beli rokok kat kedai depan tu.
KATAK:Ala....kaki aku sakit lah,dari tadi asyik melompat je.Kau suruh ulat lah pergi beli.
KURA:Bagus jugak idea kau tu.
ULAT:Aku malas lah nak pergi beli.
KURA:Ala...kau tolong lah pergi beli kejap.Kau pun nak hisap rokok jugak kan.Aku dengan katak dah bersetuju nak suruh kau pergi beli.Boleh lah.....
ULAT:Ok lah,aku pergi beli sekarang.

10 minit...30 minit...1 jam...berlalu,ULAT masih belum pulang lagi dari kedai.KURA dan KATAK berasa bimbang terhadap apa yang terjadi kepada ULAT.KURA dan KATAK kemudian keluar pergi mencari ULAT yang belum pulang lagi.Setibanya di pintu keluar,ULAT sudah pun berada di depan pintu.KURA pun berkata..

KURA:Hah,itu pun kau.Mana kau pergi dari tadi lagi belum balik?
KATAK:Hei,kau tau tak,kau buatkan kita berasa risau je.....Mulut aku dah naik kering ni.
KURA:Rokok yang aku suruh beli tu mana?
ULAT:Hek'eleh....Aku gerak pun belum lagi,tau!
KATAK:Habis,dari tadi sampai 1 jam kau buat apa?
ULAT:Kau nampak ni,dari tadi lagi aku BELUM HABIS lagi PAKAI KASUT !!!



Erm... tulah... mak daa kte.. jgan isap rokok.. kn dah ktagih... hehe... 
Pengajaran... katau nk pergi kedai... pastikan kawan anda mempunyai tangan... sedangkan nak bukak pintu rumah pun x pas... inikan pula nak pakai kasut... apatah lagi nak beli barang... alahai... nie mesti bahana isap rokok... nak fikir waras pon dh tak tau... hemmm...

Aku Tak Boleh Kalah~~!!

Zaman sekarang ni. Perkataan ‘Aku tak boleh kalah’ telah disalah gunakan.

Dialog2 yang selalu kita dengar:

“Ish, budak tu hisap rokok lah. Aku tak boleh kalah. Aku kena hisap rokok juga”

“Dia jalan dengan balak(pakwe/mkwe) dialah. Aku tak boleh kalah. Aku kena cari yang lebih cantik dari balak dia”

“Wah, dia bawak motor sambil berdiri lah. Aku tak boleh kalah. Aku pon pandailah bawak motor macam tu. Aku boleh bawa motor sambil menari”

“Ish, dia pakai pengilat kuku. Aku tak boleh kalah. Aku nak pakai yang lebih terang”

[dialog di atas ialah dialog biasa. Ada yang lebih teruk dari ini. Tak payah lah tulis kat sini. Semua orang tau]

Kenapalah kita tak guna perkataan ‘aku tak boleh kalah’ tu pada tempat yang sepatutnya?

Dialog yang sukar didengar:

“Budak tu asik dapat nombor satu je. Aku tak boleh kalah. Aku mesti dapat nombor satu pada peperiksaan tahun depan.”

“PMR tahun lepas dia dapat 9A. Aku tak boleh kalah. Aku kena dapat 9A macam dia.”

“Dia selalu jadi pelajar contoh. Aku tak boleh kalah. Aku akan jadi pelajar contoh tahun depan.”

“Dia solat lima lima waktu. ‘Aku tak boleh kalah’. Aku pun boleh solat lima waktu.”

Kenapa kita tak guna perkataan tersebut pada tempat yang betul?

Seronok ke jika kita ‘menang’ di dunia tetapi ‘kalah’ di akhirat?

Itu pun kalau kita ‘menang’. Jika kita tak sempat nak ‘menang’, bagaimana?

Fikir2 kan lah. Dan selamat beramal.

Ketawa vs Menangis..

Errmmm... today... i want share about this statement...


"Adakalanya kita perlu MENANGIS agar kita tahu hidup ini bkn skdar KETAWA, & Adakalanya kita perlu KETAWA agar kita tahu mahalnya nilai AIRMATA.."


btol gak ek... manusia de 1001 perasaan... sama ada sedih, happy, marah, geram, takut n something like that laa... so, x kan lah tiap2 ary nak kuar kan 1 je rasa... Menangis?? spe x penah nangis?? angkat tangan... haha... memang sah salah makan ubat laa ko nie.. mane de mnusia yang x penah nangis... paling koman pon sekali seumur idop mesti tetap kuar an airmata gak... Bkan ke kte nie tengok dunia je dah nangis... mase mak kowg bersalin laa.. ape laa.. 


Ketawa pon... aku snggup potong kuku laa lau de owg ckp x penah ketawa kat dnia nie... haha...(x sanggup aku nak potong jari... mne tau tol2 de ke an)... Erm... perasaan... selalu orang kalah dengan perasaan... Emosi is something yang susah kte nak kawal kan... hemmm... 


"Adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu hidup ni bukan sekadar untuk ketawa"... Aku sokong 101%.. bak kte Benz Alif(aA+bB)... 'menangis tak bererti lemah'... klo lah orng lemah je yang nangis... cam ne lak ngan orang yg kuat... x kn nk pndam rasa kot... nnti ley mkn diri tau.. menangis boleh juga jadi ubat yang boleh menyegarkan saraf kte... cube try... time tengah stress... ko menangis... kuarkan sume yg terbuku.. bak kata Jade(Rooftop Rant) 'luahkan jika ianya pahit... luahkan walau pada awan-awan'.. (dah kuar aura hlovate nampak)... So, menangis bole wat kte lega.. Tpi make sure berhenti laa... klau dah 5 hari 4 mlm menangis... tu bkn ubat ag... tu dah jadi racun...


"Adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu mahalnya air mata"... Erm... nie laa smbungan ayat tu... Ketawa juga perasaan.. Bila kita ktawa... segala yang berserabut dalam kpala serta merta hilang.. Hidup x pyah laa 24jam/7hari dok fikir masalah negara je... Kte kna laa bagi mulut senaman cikit... Bagi hati rehat... senyum.. Ketawa... Barulah hidup ceria... ikut kajian pun.. orang yang sentiasa ceria dan tersenyum akan jadi awek muda... ofcouse laa.. dh mulut senyum je.. x de laa muke cm puntianak mati laki... hehe... 


Menangis dan ketawa adalah dua perasaan yang saling bergantung... jika kita asik menangis.. tanpa rasa ceria... hidup kte x kn cerah... mendung je sepanjang masa... abis tu... knapa Allah ciptakan matahari?? macam tu juga Ketawa... kenapa Allah ciptakan ketawa?? supaya hidup kita tak mendung... Allah ciptakan matahari dan Hujan dengan peranan masing2... walau hujan turun... ia tetap akan berhenti.. Dan lepas tu... mumcul kembali matahari... bagi menceriakan hari2 kite...


  So, jangan laa terlampau nak nangis je... and jangan gak sik ketawa.. sebab takut je nanti masuk Tampoi or Tanjung Rambutan... tak pon Hospital Bahagia... ish2.. jatuh saham... haha... so, emosi boleh di kawal sbenarnya tpi bergantung pada tuan punye badan sendiri gak... k laa... Chaw... Wasalam.,..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...