Aku adalah Aku..

Aku adalah Aku..

Jumaat, 30 September 2011

History aQue~~Sekolah Baru...

Ermmm... Hari nie nk story2 pasal History sek baru laa... sambungan dari kejadian 'Kawan Makan Kawan' tu le...


Citernyewww... Cam nie.... 3/6/2009...
Setelah beberapa hari berehat di rumah. Mama dan baba bercadang nak hantar aku ke sebuah sekolah swasta. Maklumlah, malas nak berurusan dengan Jabatan Pelajaran. Sekolah tu sekolah arab yang ikut sistem negeri Kelantan. Nun di timur sana.. Maka, pagi itu aku serta mama dan baba pergi ke sekolah tu untuk mendaftar masuk. Waktu tu pun dah pertengahan bulan. Sekolah tu lebih kurang satu jam perjalanan dari rumah dengan menaiki kereta. Jauh tuu 
"Ustaz, saya ingin memasukkan anak saya ke sekolah ini." mama mulakan mukadimah lepas baba bersembang sakan dengan ustaz. Maklumlah kawan lama masa baba join  pemuda dulu. 
"Boleh. tingkatan berapa ya?" Ustaz Kamal bersuara dengan senyuman yang tidak lekang.
"Tingkatan dua. Dia ni dari sekolah tahfiz. Masuk lepas dapat result UPSR. UPSRnya 5A." mama bersuara lagi. Aku terus menghulurkan fail yang berisi sijil-sijil semasa aku di sekolah rendah serta sijil berhenti sekolah. Ustaz menyambut fail tersebut dan membelek satu persatu. 
"Begini, puan. Semua pelajar yang pindah dari tahfiz akan kami masukkan ke tingkatan satu semula. Anak puan akan di masukkan ke tingkatan satu." Ustaz bersuara. Matanya kembali pada fail. Kelihatan mukanya berkerut. Mama nampak tidak berpuas hati.
"Tak perlulah ustaz. Anak saya lebih baik masuk terus ke tingkatan dua. Saya tak nak masanya terbuang begitu sahaja. Lagipun anak saya memang ada asas sekolah arab. Sijil arabnya memperoleh JAYYID JIDDAN." mama sebolah-bolehnya tidak mahu aku di turunkan kelas.
Akhirnya ustaz bersetuju dan ingin mendaftarkan aku ke peperiksaan Penilaian Menengah Rendah Ugama(PMRU) yang akan bermula 5 bulan lagi. Aku juga akan menyewa rumah yang berdekatan dengan sekolah bersama seorang kakak tingkatan empat kerana rumah yang agak jauh dengan sekolah serta di sekolah tersebut tidak menyediakan kemudahan asrama puteri. 
Aku hanya mengangguk. Redha.. Jika ditakdirkan aku menamatkan zaman persekolahan di situ. Aku redho dan gembira sekali. Aku harap yang aku akan diterima oleh kawan-kawan di sekolah ini. Takdir.. Tiada siapa boleh menghalang. Di sekolah yang serba kekurangan ini juga kita boleh berjaya. Maka bermulalah pengembaraan aku menggali ilmu Allah. 


                                   ############################### 

The Climb....(n_n)...

Assalammualaikum... Ermm... Lagu?? kata orang lagu bole wat kita lalai... Tapi sebenarnya.. Semua tu terletak pada manusia tu sendiri... Bagi aku, lagu banyak motivasinya.. Bukannya dengar pas tu wat basi jewk.. haha.. Macam lagu nie... 'The climb'... lirik die pon superB pewk...


"The Climb"

I can almost see it.
That dream I'm dreaming, but
There's a voice inside my head saying
You'll never reach it
Every step I'm takin'
Every move I make
Feels lost with no direction,
My faith is shakin'
But I gotta keep tryin'
Gotta keep my head held high



Impian... Semua orang ada impiankan?? Sape yang x de dream?? Tapi kte slalu pndang enteng jewk kat impian.. Bak kata owg.. Pandang sebelah mata.. cup2.. pandang sebelah mata wat pe? Wat membazir jewk Allah bagi mata dua... Tapi... kte selalu x yakin dengan impian kite... knapa tak yakin kat diri sndiri?? Sbb kte x penah nk think positif kn?? Ape laa... Buat abis beras jew pasang impian.. baik x yah.. x yah idop jewk kat bumi nie... senang...

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be an uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose
Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waitin' on the other side
It's the climb


Bila dah ada impian.. Mesti kna ada usaha... Usaha untuk mendaki gunung.. menuju ke puncak... Kalau setakat panjat gunung tok duduk kat kaki bukit jewk.. Baik tak payah.. Balik rumah tidur.. Lagi baik... 

The struggles I'm facing
The chances I'm taking
Sometimes might knock me down, but
No I'm not breaking
I may not know it, but
These are the moments that
I'm gonna remember most
I've just gotta keep goin', and
I gotta be strong
Just keep pushing on, cause


Pejuangan!! hemmm... that's things laa... 'Sometimes might knock me down, but No I'm not breaking'... i like this...(n_n)... bila kita jatuh... jgn biarkn diri tros jatuh right?? 'I gotta be strong'... yep.. kte kna kuat... walau mcm mne berat n susahnya idop nie... kekuatan buat an kte ley terus berdiri.. x gitu??

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be an uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose
Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waitin' on the other side
It's the climb

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be an uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose
Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waitin' on the other side
It's the climb

Keep on movin'
Keep climbin'
Keep the faith baby
It's all about, it's all about
The climb
Keep the faith, keep your faith, woah



Erm... so, 'keep moving'... bak kata pepatah.. 'once you learn to QUIT, its become a habit'... 'keep the faith'... jgn slalu nk slahkn takdir... kita nie mnusia.. mne penah ley lari dari the things yang nme die 'UJIAN'... kan?? 


Ok... dh abis... 'renung2kan dan selamat beramal'...

Isnin, 26 September 2011

History aQue~~Kawan makan kawan..

Spe aQ?? huh~~!! hemmmmm!!

Hari nie... mama datang ke asrama... Aku dah nekad... Aku dah tak tahan!!.. Aku nak pergi dari sini... Aku sekarang dah satu tahun setengah kat sekolah ni.. Sebuah sekolah tahfiz yang nama die harus aku rahsiakan.. Dari keluarnya result UPSR, aku dah berada di sini.. Memang aku yang setuju nak ke sini.. Walaupun orang caci, maki and pandang hina pada keputusan aku ni.. Aku pilih jalan ni sebab.... Mama, Baba, Abang n Cikgu Mahat yang mengharap.. Lepas tu, aku terus nekad.. Nekad meneruskan cita-cita di sekolah nie.. Tapi rasa tu, tak lama.. Lepas berlakunya satu peristiwa yang menyakitkan pada aku.. Oleh junior yang aku panggil Kak Syikin.. Huh~~!!..

Kisah tu bermula pada 2 minggu lepas...

"Tadi saya telah melakukan spotcheck di setiap dorm. Saya dapat barang ni." Kelihatan ustazah menunjukkan barang-barang yang telah dirampas. Aku berpaling ke belakang. Wajah Hafizah dan Rafidah tersenyum pada ku. Aku membalasnya lalu berpaling ke hadapan semula. 

"Saya tahu siapa yang membawa barang ini. Tetapi saya ingin 'makhluk Allah' itu mengaku sendiri. Hukumannya akan diringankan." Ustazah masih serius. Semua pelajar lain kelihatan terdiam. Aku berpaling ke arah K.Syikin. Kelihatan dirinya selamba. Aku terasa hairan. Takkan tak takut kot. 
Setelah beberapa minit semua pelajar mendiamkan diri. Ustazah kelihatan marah sekali. Tanpa di sangka, namaku di panggil lalu Ustazah menyuruh aku ke depan. Aku jadi terkejut. Senyumanku tadi terus mati. Keningku berkerut. Aku terpaksa bangun apabila ustazah menjenggilkan matanya ke arah ku. Apabila aku berada di hadapan semua pelajar, aku lihat Hafizah yang lebih mesra di panggil Helete dan Rafidah berkerut dan mengeleng. K.Syikin kelihatan tenang dengan senyuman.

"Uswa, mengapa kamu membawa benda ni ke sekolah?" Aku kelihatan gelabah. Badan terasa kaku untuk bergerak dan lidah terasa kelu untuk membela diri. 'aku tak bersalah.. kenapa malukan aku macam ni' Dua ayat itu hanya mampu disuarakan di dalam hati. Yang pasti aku tak terdaya saat itu. Hanya air mata yang mengiringi diri yang malu.

"Kenapa tak jawab? Kenapa menangis? Harap je pelajar cemerlang di sekolah. Dapat 5A UPSR. Tapi macam ni perangai kamu. Harap pendiam di sekolah, tapi.. Astaghfirullah.." kata-kata ustazah membuatkan hati aku perit. Air mata semakin laju turun. Aku sudah lama bertahan dengan caci, maki orang ramai ketika hendak masuk ke sekolah itu. Takkan ustazah pun nak maki aku. Tolonglah.. Aku mengharap pertolongan di saat ini. Tiba-tiba Hafizah berdiri. Hati aku lega.

"Ustazah, janganlah hukum uswa macam tu.. Barang tu bukan Uswa punya. Tapi Syikin punya." Serta merta muka ustazah berpaling ke arah K.Syikin. Muka ustazah berkerut.

"Benarkah apa yang Hafizah katakan, Syikin?" Ustazah hendakkan kepastian. K.Syikin kelihatan menunduk tanpa menjawab.

"Betul ustazah.. Saya mengaku saya, hafizah dan uswa saksi Syikin bawa benda tu." Rafidah cuba jadi hero tapi cuba juga kantoikan kitorang.. Aduhai!!.. Masalah tambah gawat.. Cam kat makamah pula.

"Rafidah, Hafizah, Syikin.. kamu bertiga ke depan." Mereka bertiga segera menyertai aku di hadapan. Air mata aku berhenti. Aku hantar jelingan 'Kawan Sejati' kepada mereka. Mereka tersenyum faham.. Kantoi sudah..

"Baiklah pelajar-pelajar.. Jangan contohi pelajar di hadapan ini. Menbawa barang larangan dan bersubahat. Kamu bertiga di denda tidak boleh keluar dari sekolah selama 2 minggu. Termasuk outing dan ke pasar malam. Faham?" Kami mengangguk serentak. 'Barang' sudah selamat ke pejabat. Sejak tu, K.Syikin diboikot   dari geng kami. Semalam baru kami baru tahu yang K.Syikin memasukkan 'barang' tu dalam sarung bantal aku. Ketua pelajar nampak 'barang' tu terjatuh dari bantal aku time aku tengah mamai bangun tidur.

Lamunan aku terbang apabila nama aku dipanggil oleh Hafizah. Hafizah mengatakan yang ibubapaku telah dtg. Hati melonjak riang.. Saat yang aku tunggu-tunggu.. Lagipun 'perintah berkurung' telah berakhir Lepas ni, takkan ada orang yang boleh halang aku. Aku berlari turun dari tangga lalu mendapatkan kereta charade berwarna hijau.

“Ma, Ba.. Boleh akak mintak sesuatu?” Aku bersuara apabila sampai ke taman rekreasi Tangkak. Tempat kami sekeluarga melepak apabila datang menjenguk aku. Kelihatan mama and baba berpaling ke arah ku. Mereka mengangkat kening tanda mengiakan.

“Akak nak pindah sekolah.” Sebaris jawapan menyebabkan mama dan baba mengerutkan kening. Pelik. 5 bulan yang lalu, adik aku, Umairah berpindah dari sekolah itu. Alasan di beri untuk ambil UPSR. Aku pula.. Nak bagi Alasan apa? Buntu!

“Kenapa? Akak tak nak sekolah situ?” Suara mama kedengaran sayu. Alamak!! Aku nak jawab apa? Takkan nak jawab yang aku buat hal kat sekolah? Mampos aku kena ceramah free je nanti. Lagi pun aku tak nak baba hentikan derma yang selalu baba bagi pada sekolah.

“Kakak nak ambil PMR. Akak tak mampu nak menghafal.” Aku mengeluarkan jawapan ikut silibus yang biasa digunakan. Kelihatan baba mengangguk. Baba pun sedia maklum yang aku baru mendapat 4 seyfa (6 juzuk) sahaja padahal dah setahun menghafal.

“Keluarkan saja kakak ni. Nanti lepas SPM dia boleh sambung kat Darul Quran.” Kata-kata baba membuatkan aku melepaskan nafas.. Lega~~!!.. Kelihatan mama mengangguk. Rasa nak melompat saat tu. Ingatkan susah sangat. Senang je rupanya.

Apabila aku balik ke asrama. Rancangan untuk pindah aku rahsiakan. Takut ustazah tahu. Bila mama datang untuk sign out aku dari sekolah tu, mama cakap yang ustazah sokong cadangan aku. Ustazah kata aku memang patut pindah sebab aku lebih pandai bab akademi dari hafalan. So, aku tahu yang ustazah redho aku pergi. Alhamdulillah..

#################################################

Erm... it's my history... kadang2 aku gse yg story aku nie cm ciplak dari novel jewk.. but history is history... 'yang baik jadikan ikutan.. yang buruk jdikan smpadan'.. huhu...

Sabtu, 24 September 2011

Spe aQ?? huh~~!! hemmmmm!!

Hari nie... mama datang ke asrama... Aku dah nekad... Aku dah tak tahan!!.. Aku nak pergi dari sini... Aku sekarang dah satu tahun setengah kat sekolah ni.. Sebuah sekolah tahfiz yang nama die harus aku rahsiakan.. Dari keluarnya result UPSR, aku dah berada di sini.. Memang aku yang setuju nak ke sini.. Walaupun orang caci, maki and pandang hina pada keputusan aku ni.. Aku pilih jalan ni sebab.... Mama, Baba, Abang n Cikgu Mahat yang mengharap.. Lepas tu, aku terus nekad.. Nekad meneruskan cita-cita di sekolah nie.. Tapi rasa tu, tak lama.. Lepas berlakunya satu peristiwa yang menyakitkan pada aku.. Oleh seniur yang aku panggil Kak Syikin.. Huh~~!!..

Kisah tu bermula pada minggu lepas...

"Tadi saya telah melakukan spotcheck di setiap dorm. Saya dapat barang ni." Kelihatan ustazah menunjukkan barang-barang yang telah dirampas. Aku berpaling ke belakang. Wajah Hafizah dan Rafidah tersenyum pada ku. Aku membalasnya lalu berpaling ke hadapan semula.

"Saya tahu siapa yang membawa barang ini. Tetapi saya ingin 'makhluk Allah' itu mengaku sendiri. Hukumannya akan diringankan." Ustazah masih serius. Semua pelajar lain kelihatan terdiam. Aku berpaling ke arah K.Syikin. Kelihatan dirinya selamba. Aku terasa hairan. Takkan tak takut kot.

Setelah beberapa minit semua pelajar mendiamkan diri. Ustazah kelihatan marah sekali. Tanpa di sangka, namaku di panggil lalu Ustazah menyuruh aku ke depan. Aku jadi terkejut. Senyumanku tadi terus mati. Keningku berkerut. Aku terpaksa bangun apabila ustazah menhenggilkan matanya ke arah ku. Apabila aku berada di hadapan semua pelajar, aku lihat Hafizah yang lebih mesra di panggil Helete dan Rafidah berkerut dan mengeleng. K.Syikin kelihatan tenang dengan senyuman.

"Uswa, mengapa kamu membawa benda ni ke sekolah?" Aku kelihatan gelabah. Badan terasa kaku untuk bergerak dan lidah terasa kelu untuk membela diri. 'aku tak bersalah.. kenapa malukan aku macam ni' Dua ayat itu hanya mampu disuarakan di dalam hati. Yang pasti aku tak terdaya saat itu. Hanya air mata yang mengiringi diri yang malu.

"Kenapa tak jawab? Kenapa menangis? Harap je pelajar cemerlang di sekolah. Dapat 5A UPSR. Tapi macam ni perangai kamu. Harap pendiam di sekolah, tapi.. Astaghfirullah.." kata-kata ustazah membuatkan hati aku perit. Air mata semakin laju turun. Aku sudah lama bertahan dengan caci, maki orang ramai ketika hendak masuk ke sekolah itu. Takkan ustazah pun nak maki aku. Tolonglah.. Aku mengharap pertolongan di saat ini. Tiba-tiba Hafizah berdiri. Hati aku lega.

"Ustazah, janganlah hukum uswa macam tu.. Barang tu bukan Uswa punya. Tapi Syikin punya." Serta merta muka ustazah berpaling ke arah K.Syikin. Muka ustazah berkerut.

"Benarkah apa yang Hafizah katakan, Syikin?" Ustazah hendakkan kepastian. K.Syikin kelihatan menunduk tanpa menjawab.

"Betul ustazah.. Saya mengaku saya, hafizah dan uswa saksi Syikin bawa benda tu." Rafidah cuba jadi hero tapi cuba juga kantoikan kitorang.. Aduhai!!.. Masalah tambah gawat.. Cam kat makamah pula.

"Rafidah, Hafizah, Syikin.. kamu bertiga ke depan." Mereka bertiga segera menyertai aku di hadapan. Air mata aku berhenti. Aku hantar jelingan 'Kawan Sejati' kepada mereka. Mereka tersenyum faham.. Kantoi sudah..

"Baiklah pelajar-pelajar.. Jangan contohi pelajar di hadapan ini. Menbawa barang larangan dan bersubahat. Kamu bertiga di denda tidak boleh keluar dari sekolah selama 2 minggu. Termasuk outing dan ke pasar malam. Faham?" Kami mengangguk serentak. 'Barang' sudah selamat ke pejabat. Sejak tu, K.Syikin diboikot   dari geng kami. Semalam baru kami baru tahu yang K.Syikin memasukkan 'barang' tu dalam sarung bantal aku. Ketua pelajar nampak 'barang' tu terjatuh dari bantal aku time aku tengah mamai bangun tidur.

Lamunan aku terbang apabila nama aku dipanggil oleh Hafizah. Hafizah mengatakan yang  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...