Aku adalah Aku..

Aku adalah Aku..

Jumaat, 30 September 2011

History aQue~~Sekolah Baru...

Ermmm... Hari nie nk story2 pasal History sek baru laa... sambungan dari kejadian 'Kawan Makan Kawan' tu le...


Citernyewww... Cam nie.... 3/6/2009...
Setelah beberapa hari berehat di rumah. Mama dan baba bercadang nak hantar aku ke sebuah sekolah swasta. Maklumlah, malas nak berurusan dengan Jabatan Pelajaran. Sekolah tu sekolah arab yang ikut sistem negeri Kelantan. Nun di timur sana.. Maka, pagi itu aku serta mama dan baba pergi ke sekolah tu untuk mendaftar masuk. Waktu tu pun dah pertengahan bulan. Sekolah tu lebih kurang satu jam perjalanan dari rumah dengan menaiki kereta. Jauh tuu 
"Ustaz, saya ingin memasukkan anak saya ke sekolah ini." mama mulakan mukadimah lepas baba bersembang sakan dengan ustaz. Maklumlah kawan lama masa baba join  pemuda dulu. 
"Boleh. tingkatan berapa ya?" Ustaz Kamal bersuara dengan senyuman yang tidak lekang.
"Tingkatan dua. Dia ni dari sekolah tahfiz. Masuk lepas dapat result UPSR. UPSRnya 5A." mama bersuara lagi. Aku terus menghulurkan fail yang berisi sijil-sijil semasa aku di sekolah rendah serta sijil berhenti sekolah. Ustaz menyambut fail tersebut dan membelek satu persatu. 
"Begini, puan. Semua pelajar yang pindah dari tahfiz akan kami masukkan ke tingkatan satu semula. Anak puan akan di masukkan ke tingkatan satu." Ustaz bersuara. Matanya kembali pada fail. Kelihatan mukanya berkerut. Mama nampak tidak berpuas hati.
"Tak perlulah ustaz. Anak saya lebih baik masuk terus ke tingkatan dua. Saya tak nak masanya terbuang begitu sahaja. Lagipun anak saya memang ada asas sekolah arab. Sijil arabnya memperoleh JAYYID JIDDAN." mama sebolah-bolehnya tidak mahu aku di turunkan kelas.
Akhirnya ustaz bersetuju dan ingin mendaftarkan aku ke peperiksaan Penilaian Menengah Rendah Ugama(PMRU) yang akan bermula 5 bulan lagi. Aku juga akan menyewa rumah yang berdekatan dengan sekolah bersama seorang kakak tingkatan empat kerana rumah yang agak jauh dengan sekolah serta di sekolah tersebut tidak menyediakan kemudahan asrama puteri. 
Aku hanya mengangguk. Redha.. Jika ditakdirkan aku menamatkan zaman persekolahan di situ. Aku redho dan gembira sekali. Aku harap yang aku akan diterima oleh kawan-kawan di sekolah ini. Takdir.. Tiada siapa boleh menghalang. Di sekolah yang serba kekurangan ini juga kita boleh berjaya. Maka bermulalah pengembaraan aku menggali ilmu Allah. 


                                   ############################### 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...